Doa Rasulullah Untuk Umatnye

Posted by wmz , Monday, November 30, 2009 5:46 PM


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A..W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak..

1.Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2.Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3.Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

TAWARAN ISTIMEWA YANG KURANG PELANGGAN

Posted by wmz , Sunday, November 29, 2009 6:13 PM


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Seandainya orang ramai mengetahui betapa besar pahala azan dan menepati saf pertama di masa sembahyang berjamaah, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi atau giliran nescaya mereka akan berbuat demikian. Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera pergi ke masjid untuk melakukan sembahyang berjamaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian pula seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala sembahyang Isyak dan Subuh berjamaah, nescaya mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan dengan merangkak-rangkak" . (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim) Azan, menepati saf pertama, bersegera pergi ke masjid, mengerjakan sembahyang Isyak dan Subuh berjamaah adalah diantara amalan yang akan diberikan pahala yang amat besar sekali pada hari qiamat nanti. Kalau orang ramai mengetahui nilai ganjaran terhadap amalan-amalan ini dan diperlihatkan kepada mereka seperti gaji yang diterima pada setiap hujung bulan, mereka mesti akan berusaha sedaya upaya untuk merebutnya, bahakn mereka terpaksa membuat giliran untuk membuat agihan kepada orang-orang yang ingin mendapatkan peluang itu.

Namun kenyataanya bukan demikian. Banyak orang yang tolak menolak dalam melaksanakan amalan-amalan ini. Terkadang kalau ternampak saf pertama atau saf hadapan itu kosong, yang seorang mempersilakan untuk memasukinya dan yang lain pun begitu pula. Padahal dalam masalah seperti ini makruh mendahulukan orang lain. Peluang itu mesti kita rebut dan jangan diabaikan. Tetapi sebaliknya ada pula orang yang kalau makan bersama-sama, ia tidak berkenan mempersilakan orang lain untuk mendapatkan habuan yang lebih banyak daripadanya, padahal dalam keadaan seperti ini kita sangat disuruh untuk melebihkan dan mendahulukan orang lain. Amalan-amalan yang disebutkan dalam hadith di atas ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan kesempurnaan sembahyang yang merupakan tiang agama kita dan berkaitan dengan sembahyang berjamaah yang merupakan syiar bagi kamu Muslimin. Oleh itu amalan-amalan ini sangat perlu untuk diperkemaskan dan disempurnakan. Kalau di zaman Rasulullah SAW, tidak ada orang yang ketinggalan dari menghadiri sembahyang berjamaah selain daripada orang-orang munafiq dan orang-orang Islam yang mempunyai keuzuran yang ketara sekali. Bahkan ada diantara sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang terpaksa dipimpin oleh dua orang anaknya untuk dapat hadir sembahyang berjamaah. Tetapi di hari ini, banyak masjid-masjid kosong dari sembahyang berjamaah dan banyak pula masjid-masjid yang hanya dihadiri oleh orang-orang tua atau pegawai-pegawai yang sudah pencen sahaja dan banyak pula masjid yang tidak sampai satu saf orang hadir sembahyang berjamaah di dalamnya. Maka dari kerana itu marilah kita bersama menegakkan syiar umat Islam ini dan InsyaAllah dengan itu kita akan dikurniakan kemenangan yang pernah diberikan kepada generasi

Selamat Hari Raya Korban

Posted by wmz , Tuesday, November 24, 2009 5:58 PM


Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi.


Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.- Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita."

Berbuat Baiklah Sesama Makhluk

Posted by wmz , Monday, November 23, 2009 8:18 PM

Isteri Yang Soleha

Posted by wmz , Sunday, November 22, 2009 7:21 PM







SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

Posted by wmz , Tuesday, November 17, 2009 6:30 PM

Oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."

Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut".

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."

Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan
ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata,

"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Air Mata Nabi Adam

Posted by wmz , Monday, November 16, 2009 11:19 PM

Assalamualaikum W.b.t

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
1.Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
2.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
3.Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Tuntutlah Ilmu Dunia Akhirat

Posted by wmz 4:56 AM


Hargailah Persahabatan

Posted by wmz , Friday, November 13, 2009 4:20 AM




Dinner HSBB 09

Posted by wmz , Monday, November 9, 2009 8:16 PM

Muka2 ni semua group 8 HSBB 9/2009..Gambar ni semasa malam dinner dan malam terakhir kami sebelum kami membawa hala tuju masing2...malam yg menjadi kenangan manis bagi group 8 serta semua kawan2 HSBB 9/2009....



Jejaka2 ensem....macholah konon...

Mat2 kelate ..yg belakang kelulut...