skip to main |
skip to sidebar
Jika aku Jibril, dengan sayapku yang beribu
akan aku musnahkan semua musuhMu,
agar jadi abu jadi debu
Jika aku Jibril
akan aku hapuskan segala mungkar, segala kafir dan kufur
semoga yang ada hanya Pencinta
jika aku Jibril
aku hanya mencintaiMu, untukMu, padaMu dan bersamaMu
kerana itulah engkau tidak layak untuk itu
kerana engkau ditakdirkan untuk mencintainya, untuknya, padanya dan bersamanya
itu yang Aku amanahkan padamu,
isteriadalah lembaran,suratmu,
anak anak adalah siratanmu kerana Jibril hanya dapat mencintaiKu
sedang engkau dapat mencintai amanahKu
membimbing amanatKu
kerana itu engkau tidak layak
menjadi Jibril dan Jibril tidak layak
menjadi engkau
kerana engkau selayakNya,
untuknya,
isteri dan anak anakmu
sebagai mana dia selayaknya
untukmu,
mengatasi segala cinta yang ada
keranaKu.
mantap blog abg long;) teruskan!